CafeMom Tickers

Friday, June 18, 2010

Majlis kawen sana sini

semua sedia maklum, Jun lepas adalah cuti sekolah...so banyak la bekwoh (bahasa kelantan bermaksud kenduri) sana sini. Banyak giler ok...ade gak yg sy x sempat dan x boleh nak gi...sorry sgt2 my dear friends yg sy xleh nak attend majlis korang, bukan sengaja x datang ok. Kepada semua yg kawen, diucapkan selamat pengantin baru semoga berkekalan ke akhir hayat.
Layan gambar....


Wedding Kak Ayien...(sepupu hubby)
Kak Ayien ni lah yg jadi pengapit sy masa majlis bertandang dulu =p Majlis akad nikah Kak Ayien telah diadakan pada 5 Jun 2010 jam 11 pagi di rumah ibubapa pengantin perempuan kat Bangi. Pengantin mengenakan baju berwarna cream...hantaran 11 berbalas 13... Majlis persanding berlangsung keesokan harinya 6.6.2010 bertemakan warna biru.
akad nikah





sy adalah sgt 'comel'..huhu

Wedding Kak Na (sepupu hubby also)

Wedding kak Na kat pasir puteh Kelantan...aritu balik kelantan gi bekwoh die la =p nikah mlm jumaat 11.6.10, bersanding 12.6.10. nikah pengantin pakai bj off-white, majlis sanding tema pink. I like PINK so much....




Wedding Maya & Hafiz (opismate)

Maya...she is my opismate yg comel. Majlis die unik skit sbb arwah ayah die dr keturunan Acheh...so banyak la kebudayaan Acheh diserapkan. Yg paling best ialah pengantin x dibenarkan buat kerja ape pun, semuanya diuruskan oleh sedara mara & kawan2...nak gosok tudung sendiri pun x boleh, bestkan... pelamin die warne warni...mcm kebanyakan indonesian's wedding yg kite tgk. Off-white untuk nikah, purple untuk persalinan majlis bersanding. Khemah die cantik, serba putih + dedaun hijau...nampak fresh...sayangnye xde gambar arr...

Congratz to all... =p

No comments:

Post a Comment