CafeMom Tickers

Monday, September 18, 2017

Salam Takziah

Assalamualaikum...

Beberapa hari lalu hati terusik dengan berita kebakaran Tahfiz dan pemergian anak2 tahfiz... Allahuakbar! Memang hati sgt tersentuh, terhiris, terluka... susah sebanarnye nak terluah dgn kata2. Apa pun percayalah Allah terlebih Mengetahui. Rahsia, hikmah, asbab Allah jua yang Maha Mengetahui. Takziah untuk keluarga terpilih...al fatihah untuk arwah mangsa.

Ikut hati kecil, yg xde kene mengena dgn mereka ni pon rase sgt marah dan x dapat memaafkan, apatah lagi keluarga mangsa. Allah...tersangat kecil jiwa dan imanku.

Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang sampai nafsu mengatasi akal. Mane letak peri kemanusiaan... tangan kene api pon sakit apatah lagi sanggup membakar sekumpulan manusia. Hati gagal hadam semua ni.
Ya Allah, Kau juga sebaik-baik perencana, Kau Maha Mengetahui, xkan bergerak sesuatu dengan izinMu. Aku percaya ada mesej tersirat yang ingin disampaikan. Marilah kita mengambil iktibar.

Ya Allah, Kau berilah balasan kepada pesalah sebagai pengajaran untuk mereka, Kau berilah sebaik-baik tempat disisiMu buat pejuang agamaMu. 

Kau peliharalah kami, anak-anak kami, keluarga kami dan keturunan kami dari sifat dan sikap jahiliah, hasutan nafsu dan syaitan, jadikan kami, anak-anak kami, keluarga kami dan keturunan kami pejuang agamaMu, sentiasa dilandasan agamaMu dan mendapat keredhaan dan keberkatanMu..aamiin.