CafeMom Tickers

Friday, February 9, 2018

Bukit Tinggi, Bentong.

Assalamualaikum...

Semalam kene bg ceramah kat Ins. Latihan KPKT Bukit Tinggi. Kene drive sorang, sbb dari rumah... makanya aku angkut skali Aiman & mama buat teman. Lupe plak yg si Aiman ni mabuk tempat tinggi, last aritu naik cameron mase umur die setahun kot, muntah abis kat atas aku. masa naik tu, awal2 Aiman ok lg, dok blakang sorang2, tetibe die diam, aku pusing kat die tengak muka dah pucat, lain macam muka die, aku suh die duduk dgn maktok kat depan. Allahu... Kebetulan sampai awal, kul 9pg, so naik ke Colmar dulu lah...lepak2 pekena kopi ke kan... slot aku kul 10.45pg. Entry untul adult RM15, child RM8 dah termasuk GST. Sampai sane, hmm...parking x terurus, lif xleh guna. menapak la turun tangga kami ber3. Skali cafe satu pon x bukak lg hoi... mujo la aku bawak bekal roti jugak. Cafe hotel ade la. pusing2 sambil posing...pastu lepak tepi taman mkn roti jap. 

Kul 10 aku gerak turun ke iKPKT. mase turun Aiman muntah. Die tertido mase sampai tu, so tinggal die dlm kete dgn mama. Muntah lg sekali bila bangun tu. Bagi ceramah kat junior engineer & penolong engineer KKM jugak. Cover topik Pengurusan Projek & Pentadbiran Kontrak Sebutharga. patut berduet dgn qs la...part2 kontrak tuh, tp bos suh aku cover terus topik tu. aiseh...panjang jugak la..2 jam. Dah la selsema, sengau je suara. Yg ni 2nd time, last year ade sampaikan ceramah yg sama kat bebudak ni kat Ipoh. Boleh la cari pengalaman. Cuma lepas ni, x sesuai dah la nak sampaikan topik tu since dah tukar department. Kasi can orang lain la bos. Masa nak balik tu, aku bawak slow je, cuak tgk Aiman muka lain. Mujo x muntah lg. Cian die.


 








Tuesday, February 6, 2018

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik

Bahan2:

  • 1 pack biskut marie
  • 1 ketul mentega (250g)
  • 200g serbuk Milo
  • 2 sudu serbuk Koko
  • 1/2 tin susu pekat (nak manis tambah lg ye)
Cara2:
  1. Lapik loyang dengan plastik
  2. Panaskan mentega dlm periuk sehingga cair.
  3. Masukkan susu pekat, serbuk milo, serbuk koko dan kacau sebati. Kacau sehingga likat.
  4. susun biskut Marie dlm loyang, sendukkan adunan coklat dan sapu rata.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat hingga habis.
  6. Sejukkan sebentar.
Topping
  • coklat cip Hershey's (sy guna setengah pack)
  • susu segar (dlm 1/2 cawan)
  • 1 sudu mentega
  • Kepingan badam disangai (dipanggang).
Cara2:
  1. Panaskan coklat dlm periuk lain secara double boil.
  2. masukkan sedikit susu segar dan mentega
  3. Kacau hingga sebati, tambah susu jika terlalu pekat.
  4. Tuang atas kek batik tadi.
  5. Tabur kepingan badam.

 


Monday, February 5, 2018

My niece turns 1

Assalamualaikum...

Weekend baru ni berkampung kat umah atok Jamil kat Bangi. Fuhh letih jugak la, sabtu mlm ade mkn2 geng2 sepengajian ayah, esok pg Ahad buat mkn2 birthday anak buah pulak. Untuk jamuan ayah, aku buat kek batik & order samosa frozen. Konon nak buat juga tp x terdaya sampai 50 biji nak uli...kuikui. Untuk jamuan birthday anak buah, aku beli kambing dan perap, untuk dibakar, sos black pepper, coleslaw, order cream puff.  tukang bakar sape lg, en hubby la.

Cucu atok Jamil yg pompuan sorang ni, si Adlina turns 1 pada 26 Januari lepas, tp x sempat nak celebrate sbb die warded sbb demam & batuk berkahak. Tu yang celebrate lambat skit. Mak die la jemput kawan2 die, mak tok jemput kawan2 maktok. Xde la ramai mana pon. Menu nya nasi, kari ayam, ayam goreng tepung berempah, ulam dan sambal belacan, kambing bakar, sos black pepper, coleslaw dan desserts! ade cocktail, cream puff, brownies, bluberry tart, puding roti & kek birthday ler.






Friday, February 2, 2018

Cuti 2 hari jerk!

Assalamualaikum...

Cuti 2 hari korang buat ape? eh...org keje selangor cuti sehari je kan. Hihi... cuti2 pendek begini mcm give a break to the routine... hmmm... Cuti Thaipusam tu, en hubby awal2 lg adik ipar dah kidnap gi tolong cat umah, i olls kalo ikot mau bercorak dinding die si Fariqs keje kan, hihi... makanya, aktiviti wajib terjah umah mama la. Petang tu kuar ke mall dkt rumah, teman my sis cari barang untuk birthday party anak die weekend ni. I olls sejak anak 3 mmg x penah bawak serentak 3 tu keluar kalo x cukop bodyguards... nnt iolls bertukar #makkohijau hahahaha... so i olls bawak 2 je, Hafiy sbb dah besar, less to handle. Zafry iolls x mampu bawak lg sbb die suke lari sesuka hati, kang mak ko jogging plak dlm mall tuh. Try bawak Aiman, so far ok la, ade jugak adegan jerit2 tu, my sis bawak anak die sorang, bleh plak berkejaran 3 org ni! haih...

Shopping kejapan, terjah Coffee Bean, my sis bleh lepak buat keje plak...die ni accountant yg bz sokmo, ke hulu ke hilir kelek laptop. oh my... what a life! Tengok die gitu, mmg aku bersyukur sokmo aku x rupe itu...Alhamdulillah.



Next day, Hafiy sekolah, hubby keje. Pg2, prepare scramble egg untuk diorang, Hafiy bawak bekal ke sekolah agama jugak. Diorang dah keluar, mak ko ke gigih buat spiral chicken pasta bekal Hafiy sekolah petang. Buah abis stok plak kat umah. 


Siap2 kan Zafry n Aiman, ke umah nanny hantar beg, baju & bekal Hafiy sekolah petang, mama 1st try bawak Zafry n Aiman ke pasaraya beli barang dapor. Fuhhh mujo x buat hal, cuma mak ko ni kelam kabut skit, ade jugak brg yg lupe beli...hai la mak...huhuhu... settle beli barang, ke rumah maktok la apelagi.


Petang amik Hafiy, anak3 dinner pasta. Ayah balik beli yong tau foo... Mama terajin mem'baking kek batik plak. Kemain suke hubby n anak3. tp xleh mkn lagi, tunggu keras k.


esok mama keje... sayang cuti =p